Amanah Ikhtiar Malaysia
Usahawan Background

 

Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

AIM ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Akta Amanah (1952). AIM diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik atas dasar kapasiti peribadi.

  • Khusus kepada golongan wanita sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 5,850 atau per kapita RM 1,470
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang tinggal dalam kawasan yang sama, tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab
  • Mengikuti kursus jangka pendek selama 3 hari, 1 1/2 jam sehari

Kakitangan AIM akan mengunjungi rumah responden dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan responden menyertai program ini. Bagi mereka yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

Ahli atau peminjam dipanggil SAHABAT USAHAWAN AIM.

Setelah diterima menjadi ahli, semua Sahabat Usahawan AIM wajib hadir ke mesyuarat pusat setiap minggu, membayar balik setiap minggu, membuat simpanan wajib setiap minggu dan melaksanakan projek dengan sempurna.

Mesyuarat Pusat adalah gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Semua Sahabat Usahawan AIM akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat ini diadakan di mana-mana tempat awam seperti balai raya, rumah ibadat atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan modal, penyerahan modal, bayaran balik dan kutipan simpanan dilaksanakan di mesyuarat ini.

Kursus ini memberi penerangan tentang syarat-syarat, peraturan dan kewajipan sebagai ahli AIM. Penerangan yang diberikan bertujuan memberi kefahaman tentang AIM dan mendapatkan persetujuan Sahabat Usahawan AIM berkaitan syarat-syarat dan peraturan ditetapkan. Kursus ini boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang dipersetujui ahli kumpulan dan kebiasaannya di kawasan penempatan ahli kumpulan sendiri.

AIM tidak mengenakan sebarang bayaran yuran keahlian.

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 - 3868 1987 atau klik di sini untuk Direktori Wilayah & Cawangan untuk mengetahui alamat pejabat AIM di seluruh negara.

Semua projek ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada keluarga dan patuh syariah.

Hanya perlu menyediakan kad pengenalan. Bagi isi rumah yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Surat Pendaftaran Kelahiran atau Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah. Semua Sahabat Usahawan AIM perlu membuka akaun bank yang akan diberitahu oleh Pegawai AIM.

Tidak perlu menyediakan kertas kerja lengkap. Sahabat Usahawan AIM hanya perlu menyediakan cadangan projek berserta pecahan modal untuk projek yang dicadangkan.

Maklumat lanjut berkaitan jenis pembiayaan, jumlah pembiayaan serta syarat kelayakan boleh dirujuk melalui pautan Skim Pembiayaan.

Bayaran balik pembiayaan adalah secara mingguan, dan Sahabat Usahawan AIM boleh memilih tempoh bayaran balik antara 12 minggu hingga 150 minggu, tertakluk kepada jenis dan jumlah pembiayaan yang diambil.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • CMCCS melalui aplikasi Sahabat Super Apps yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store
  • Terminal e-Pay yang disediakan semasa Mesyuarat Pusat

Pengecualian diberikan bagi pembiayaan i-Wibawa, di mana Sahabat Usahawan AIM boleh memilih kaedah bayaran balik secara mingguan, bulanan atau sekaligus.

AIM adalah sebuah badan kredit mikro yang menyalurkan pembiayaan secara kecil-kecilan. Penetapan bayaran secara mingguan adalah kerana bayaran balik dalam jumlah yang kecil dan Sahabat Usahawan AIM tidak perlu menunggu lama untuk mengumpul jumlah bayaran balik bulanan. Kaedah bayaran mingguan mendidik Sahabat Usahawan AIM supaya sentiasa bersedia dan berusaha serta mengurus kewangan dengan lebih berhemah.

Semua pembiayaan AIM dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% bagi tempoh setahun. Sekiranya memilih untuk membuat bayaran balik bagi tempoh 25 minggu, caj pengurusan 5% akan dikenakan.

Setelah diterima menjadi Ahli (Sahabat Usahawan AIM) dan memasuki Mesyuarat Pusat, Sahabat Usahawan AIM boleh terus membentangkan cadangan pembiayaan. AIM menetapkan kelulusan pembiayaan dalam tempoh selama 16 hari bekerja daripada tarikh pembiayaan ini dibentang di pusat.

Had maksimum pembiayaan adalah bergantung pada jenis pembiayaan yang diambil. Untuk Sahabat Usahawan AIM baru yang meminjam kali pertama hanya dibenarkan maksimum pembiayaan RM 5,000 sahaja.

Sahabat Usahawan AIM yang telah selesai bayaran balik boleh memperoleh pembiayaan seterusnya mengikut jenis produk pembiayaan yang diambil dengan syarat rekod bayaran balik sempurna, rekod kehadiran yang baik dan perkembangan projek yang sempurna.

Pembiayaan AIM dilindungi oleh Tabung Kebajikan Kematian dan Ilat (TKKI). Sekiranya berlaku keilatan kekal atau kematian Sahabat Usahawan AIM atau pasangan, tabung ini akan menanggung keseluruhan pembiayaan. Ini bermakna Sahabat Usahawan AIM yang meninggal dunia tidak menanggung hutang dengan AIM.

Tabung Kumpulan diwujudkan dalam setiap kumpulan AIM untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat Usahawan AIM. Setiap Sahabat Usahawan AIM diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM 1 hingga RM 33. Tabung ini penting bagi kegunaan semasa kecemasan dan sebarang kegunaan yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.

Ahli atau Sahabat Usahawan AIM wajib menyimpan sekurang-kurang RM 1 seminggu sehingga maksimum RM 33 bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diambil.