Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my

 

 

SEJARAH PENUBUHAN AIM

 

Bermula sebagai Projek Penyelidikan Bertindak yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar anjuran Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Diasaskan oleh Profesor Dato' Dr Sukor Kasim dan Profesor David Gibbon

 

Menggunakan pendekatan Grameen Bank yang ditubuhkan oleh Dr Muhammad Yunus, dari Universiti Chittagong Bangladesh

 

Tujuan utama untuk mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin bagi membiayai apa sahaja usaha untuk meningkatkan pendapatan

 

Penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan pada 17 September 1987 yang menjadi pelengkap kepada agenda kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan

Pembentukan AIM Melalui

Projek Ikhtiar

  • Projek perintis di Barat Laut Selangor meliputi sebahagian kawasan Tanjung Karang, Sungai Besar & Sabak Bernam
  • Seramai 373 isi rumah termiskin menerima pinjaman kebajikan pertama. 232 lelaki & 141 wanita yang dikenali sebagai Sahabat
  • 90% bayaran balik diterima termasuk modal pinjaman dan kos pengurusan

Projek IKHTIAR diisytiharkan berjaya oleh Jawatankuasa Pemandu. Keputusan dibuat untuk menginstitusikan projek perintis dalam bentuk amanah persendirian bernama AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) serta mengembangkan kegiatannya ke negeri-negeri miskin seluruh Malaysia