Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Bachok, Kelantan, hari ini memulakan program tuisyen secara percuma untuk anak-anak Sahabat Usahawan.

Tuisyen yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat AIM Cawangan Bachok ini bermula hari ini dari jam 8 pagi hingga 10 pagi untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, dan bersambung dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua mata pelajaran diajar oleh Cikgu Nurin Nabila Mohd Zaaim, Guru Ganti MRSM.

Walaupun sambutan diterima sangat memberangsangkan dan hampir 50 anak- anak Sahabat ingin mengikuti kelas tuisyen ini, namun atas kekangan tempat, hanya seramai 20 anak-anak Sahabat dapat menghadiri kelas tuisyen dalam satu- satu masa.

Kesemua anak-anak yang mengikuti kelas tuisyen ini juga diberi minum pagi yang ditaja oleh Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan Bachok.

AIM mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cawangan Bachok, Kelantan yang telah memulakan program yang lahir dari cetusan idea dan hasrat Pengarah Urusan AIM sendiri, iaitu Shamir Aziz.