Program Sahabat Digital – Modul Video Pemasaran Media Sosial Menggunakan Smartphone juga telah berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan dengan kehadiran penuh melibatkan Sahabat Usahawan Wilayah Pahang.
Dalam kursus ini, Sahabat diberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai teknik mengambil video yang betul serta penceritaan yang menarik bagi menghasilkan video yang berkualiti.
Kursus selama dua hari ini telah berjaya mendapat sambutan yang baik dan sangat menggalakkan dari Sahabat-Sahabat AIM. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Coach INSKEN, Encik Alif Afiq Mohd Anuar di atas segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bersama.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22