Baling – Seramai 500 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Cawangan Baling, menerima sumbangan zakat RM100 seorang berserta barangan makanan.
Sumbangan ini diserahkan kepada penerima oleh Ahli Parlimen Baling, YB Dato Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, dalam satu majlis penyerahan diadakan di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling.
Hadir sama ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Mohamad Farid Ali, Ketua Pegawai Operasi Dan Perundangan AIM, Jani Izwandy Bin Che Jan, Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norshahrizal Masharin, Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohamad Zulkahizam Mohd Zuldin, Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan AIM Bhd, Saad Ishak serta ahli jawatankuasa Umno Bahagian Baling.
Pada majlis yang sama YB Datuk Seri Azeez Rahim juga turut menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Kelab Usahawan Ikhtiar (KUICK) Baling.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22