Program Retreat KUICK Nasional 2022 di Eastin Hotel, Pulau Pinang.
Program selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh seramai 132 Pengerusi Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan & Kesukarelawan (KUICK) daripada setiap wilayah, di seluruh Malaysia. Pelbagai isu dan permasalahan berkaitan Usahawan Mikro Wanita dibincangkan dan diperhalusi menerusi slot KUICK WARRIOR.
Sepanjang program, Pengerusi-Pengerusi KUICK ini turut mendapat bimbingan fasilitator daripada Pengurusan Kanan Amanah Ikhtiar Malaysia.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#SahabatUsahawanAIM
#afeksi22