Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Alhamdulillah, pada Khamis 7 April 2022 seramai 500 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Cawangan Kuantan telah menerima cek bernilai RM3,000. Majlis penyerahan geran bantuan banjir usahawan Keluarga Malaysia diadakan di Wisma Belia dan Sukan, Kuantan.

Majlis penyerahan cek, disampaikan oleh Pengerusi Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuantan, YH Dato' Sri Ab Hamid Mohd Nazahar.

Hadir sama pada majlis ini ialah, Setiausaha Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuantan, YH Dato' Wan Solihi Wan Hassan, Pengurus Cawangan Tekun Kuantan, Noorazlina Salleh dan barisan pengurusan AIM.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Sahabat Usahawan AIM dan mereka dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi22