Kuala Terengganu – Seramai 735 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Terengganu, menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM), pada Selasa lalu.
Geran BBKM ini diserahkan kepada penerima oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Haji Omar, dalam satu Majlis penyerahan diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Terengganu.
Hadir sama ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Tekun Nasional, Dato’ Adam Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua agensi.
Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Sahabat Usahawan AIM dan mereka dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22