Program Sahabat Digital - Modul Video Pemasaran Media Sosial Menggunakan Smartphone untuk hari yang kedua juga sedang berlangsung serentak di Hotel Impiana , Ipoh dengan penglibatan penuh dari Sahabat Usahawan Wilayah Perak. Sahabat juga sedang mempelajari bagaimana membina ayat storyline /storyboard serta asas penyuntingan video klip bagi menghasilkan video yang berkualiti.
Sambutan yang diterima sangat positif dan menggalakkan. Di harap agar kursus ini dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap peningkatan jualan. Jutaan terima kasih kepada Coach INSKEN, Nidzam Syamil Abd Razak di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22