Program Kerjasama AIM-INSKEN - Kursus Video Pemasaran Media Sosial Menggunakan Smartphone sedang bersambung untuk hari yang kedua di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya dengan kehadiran penuh melibatkan Sahabat Usahawan Wilayah Selangor/Kuala Lumpur.
Pada hari ini, Sahabat diberikan pendedahan yang lebih mendalam, berkaitan storyline/storyboard serta asas penyuntingan video klip bagi menghasilkan video yang berkualiti.
Kursus selama dua hari ini bermula sejak semalam dan berjaya mendapat sambutan yang baik dan sangat menggalakkan dari Sahabat-Sahabat AIM. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Coach INSKEN, Encik Alif Afiq Mohd Anuar di atas segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bersama.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22