Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Program TKR – Kursus SMART Runcit telah berlangsung 2 hari 1 malam iaitu pada 25 & 26 Mei 2022 di Le’Venue Hotel, Kajang Selangor dengan kehadiran Sahabat-Sahabat Usahawan terpilih yang memiliki kedai runcit, melibatkan Wilayah Selangor / Kuala Lumpur.

Sepanjang kursus berlangsung, Sahabat Usahawan telah diberikan pendedahan yang lebih baik mengenai cara pengurusan Kedai Runcit , merangkumi penetapan sasaran jualan runcit, pengurusan pembekal, pengurusan tunai, kewangan dan pelan tindakan untuk memajukan lagi Kedai Runcit Sahabat Usahawan.

Kursus selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari Sahabat-Sahabat AIM. Ucapan terima kasih kepada Coach dari Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Puan Siti Zaleha Ismail di atas segala ilmu yang dikongsikan bersama.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM