Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kursus bersama pemain industri Restoran Cafe yang berpengalaman, Coach Remee Liew@Qhalifah telah berlangsung selama 3 hari 2 malam untuk Sahabat Usahawan Wilayah Sarawak yang mengusahakan Restoran / Cafe / kedai makan.

Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan tentang teknik atau kaedah yang betul dalam penyelenggaraan restoran serta sistem perakaunan yang betul bagi memastikan aliran tunai terkawal dengan selamat dan mengenal pasti masalah yang boleh merugikan perniagaan.

Lawatan Penanda Aras ke restoran terpilih turut diadakan bagi membolehkan peserta merasai suasana sebenar pengurusan restoran cafe yang betul dan sistematik.

Moga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi melalui bengkel ini dapat dikongsikan bersama dan mengamalkannya dalam perniagaan masing-masing.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#SahabatUsahawanAIM

#afeksi22