Selangor/Kuala Lumpur – Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur hari ini menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM). Majlis penyerahan diadakan secara serentak di empat lokasi iaitu di Shah Alam Convention Centre, Dewan Puchong Utama, Dewan Umno Kuala Selangor dan Dewan Sri Jugra menerusi live telecast.
Geran khas yang berjumlah RM7,068,000 ini merupakan pemberian secara one off cek bernilai RM3,000 setiap seorang tanpa perlu membayar balik. Cek disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Haji Omar.
Penerima BBKM terdiri daripada Sahabat Usahawan AIM ini merupakan usahawan informal yang merupakan peniaga gerai dan penjaja di tepi jalan yang mengalami kemusnahan secara total di mana gerai dan premis perniagaan mereka hanyut dibawa banjir. Antara kawasan yang terjejas ialah, Sahabat Usahawan di Kepong, Cheras, Ampang, Gombak, Puchong, Shah Alam, Kuala Selangor, Bandar Laut Selangor; dan Hulu Selangor.
Hadir sama pada majlis ini ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM, YB Datuk Shabudin Yahaya, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) TEKUN Nasional dan barisan pengurusan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22