Semalam telah berlangsung majlis penyerahan geran bantuan banjir usahawan Keluarga Malaysia di Dewan Tun Razak, Temerloh. Seramai 300 penerima Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menerima cek bernilai RM3,000.
Penyerahan cek, disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Haji Omar.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah , Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Nazri Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional dan barisan pengurusan AIM.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB Tan Sri Noh Haji Omar atas jasa dan keprihatinan yang diberikan kepada Sahabat Usahawan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22