Alhamdulillah telah selesai program penyerahan geran khas Bantuan Banjir Keluarga Usahawan untuk Sahabat AIM Negeri Sembilan, pada Ahad 27 Mac 2022, di Dewan Pusat Khidmat Jelebu, Simpang Pertang.
68 penerima dari Parlimen Jelebu menerima RM3,000 seorang daripada keseluruhan 273 penerima bagi seluruh Negeri Sembilan.
Cek diserahkan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.
Hadir sama majlis penyerahan berkenaan ialah Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha (KUSKOP), Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohamad Zulkahizam Mohd Zuldin dan pengurusan kanan AIM di ibu pejabat
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22