GELANG PATAH - Seramai 200 anak Sahabat Usahawan AIM menerima bantuan kelengkapan pakaian sekolah, beg dan alat tulis sumbangan AIM pada program Kembali Ke Sekolah 2022. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Omar yang berlangsung di Dewanraya Gelang Patah, Johor.
Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 200 orang Sahabat ini, ialah Setiausaha Politik Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Kamaruzzaman Johari, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YB Dato’ Adam Abd Ghani, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Dato’ Mohd Farid Mohd Ali Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dan Pengurus Wilayah Johor, Nik Raza Nik Abdullah.
Setiap penerima menerima baju kurung, kain, baju kemeja, seluar, Kasut, stokin, beg sekolah dan tudung.
Justeru, dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Sahabat Usahawan AIM menyediakan peralatan untuk sesi persekolahan baharu 2022 pada anak-anak mereka.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22