Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar hari ini hadir merasmikan Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan AIM yang diadakan di Kukup Golf Resort, Pontian.
Bengkel yang dihadiri seramai 250 Sahabat Usahawan AIM itu antara lain bertujuan memperkasakan lagi fungsi dan peranan dimainkan oleh ketua-ketua blok, pengerusi kumpulan, ketua-ketua kelab usahawan dan juga Lembaga Perwakilan Sahabat.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz yang antaranya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Sahabat Usahawan Blok Tanjung Piai yang telah mengekalkan 0 peratus PAR selama 10 tahun berturut-turut.
Selain itu, Noh juga berkenan menyampaikan beberapa anugerah kepada Sahabat, antaranya Anugerah
Usahawan Berjaya, Sahabat Usahawan Setia, Sahabat Usahawan Istimewa, dan Sahabat Usahawan Berdedikasi.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abd Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Firdaus Azharuddin, Pengurus AIM Wilayah Johor, Nik Raza Nik Abdullah serta pengurusan kanan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi22