Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(MEDAC) berjumlah RM50 juta yang disalurkan melalui TEKUN Nasional mula diterima secara berperingkat oleh usahawan di sekitar Selangor yang terkesan akibat banjir pada Disember tahun lalu.

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri MEDAC petang tadi membuat penyerahan geran berkenaan kepada kumpulan pertama penerima Geran BBKM iaitu seramai 328 orang usahawan informal dan mikro bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Puchong dan Klang.

Geran bernilai RM3,000 ini diberikan secara one-off kepada peniaga formal dan informal yang premis perniagaan dan perniagaan mereka terjejas dan geran ini tidak perlu dibayar balik.

Hadir sama pada majlis penyerahan geran yang bakal memberi manfaat kepada 16,666 penerima, termasuk Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.