Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

SENAI - Peranan dan fungsi lebih 2,000 ‘barisan hadapan’ Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi negeri Johor diperkasa menerusi penganjuran Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan yang diadakan di Senai, Johor, hari ini.

Bengkel yang dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, En Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Shamir Abdul Aziz; Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM, Dato’ Farahiyah Md Nordin dan Dato’ Mohd Farid Mohamad Ali; Pengurus Wilayah Johor AIM, Nik Raza Nik Abdullah serta pengurusan kanan AIM.

Bengkel dihadiri scara fizikal dan secara atas talian oleh lebih 2,000 peserta terdiri daripada pimpinan pusat, Ketua-Ketua Pusat, pimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat AIM dan Kelab Usahawan. Antara yang ditekankan dalam bengkel yang diadakan di Hotel Impiana, Senai itu ialah penambaikan dalam peningkatan disiplin pusat, motivasi serta ketrampilan kepimpinan supaya lebih meyakinkan. Ketua-ketua pusat turut dipersiapkan untuk membantu Sahabat-Sahabat Usahawan AIM yang terkesan akibat pandemik Covod-19 dan banjir besar yang melanda negara awal tahun lalu, untuk ‘bangkit semula’ menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan yang lebih baik.

Pada majlis yang diadakan mengikut SOP ditetapkan iu juga, turut disampaikan penyerahan replika cek bernilai RM136 juta kepada Pengurus Wilayah Johor untuk disalurkan sebagai dana pembiayaan ekonomi dan sosial kepada wanita golongan B40 dan B50 di seluruh Johor. Selain itu, dua Kelab Usahawan dinobatkan sebagai Kelab Usahawan Terbaik bagi Negeri Johor iaitu Kelab Usahawan Muar bagi Johor Utara dan Kelab Usahawan Kulai Jaya bagi Johor Selatan.

Syabas dan tahniah kepada team AIM Wilayah Johor yang diketuai oleh Pengurus Wilayah, Nik Raza Nik Abdullah dan semua pihak yang menjayakan program ini dengan cemerlang.