Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Alor Setar - Seramai 36 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi Wilayah Kedah telah menghadiri Seminar Asas Pensijilan Halal Wilayah Kedah yang diadakan di Stracity Hotel, Alor Setar, Kedah pada 25 hingga 26 Januari lalu.

Seminar dua hari yang dirasmikan oleh Pengurus Kanan Wilayah Kedah, Pn Rohana Mahamud itu dikendalikan oleh Syarikat Zajas Sdn Bhd selaku tenaga pengajar.

Antara lain, objektif seminar ialah untuk memberi pengetahuan mengenai prosedur dan kepentingan pensijilan Halal serta membuat saringan melalui lawatan premis bagi pemilihan peserta yang berkualiti untuk dibimbing ke arah memiliki pensijilan Halal.