Shah Alam - Kerja-kerja pembersihan rumah Sahabat yang terkesan akibat banjir besar terus giat dijalankan oleh kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Kali ini, kakitangan Wilayah Selangor/Kuala Lumpur yang terdiri daripada kakitangan dari pejabat Wilayah, Cawangan Shah Alam, Kuala Selangor, Sepang, Puchong dan Cheras membersihkan kediaman Sahabat Nik Laila Nik Mahayuddin yang mengusahakan perniagaan nasi lemak dan Sahabat Norhayati Daud yang merupakan guru tuisyen. Kedua-dua kediaman Sahabat terletak di
Taman Sri Muda, Shah Alam.
Pada kejadian banjir berkenaan, kediaman Sahabat mengalami kerosakan teruk membabitkan
perabot rumah, perkakasan dan peralatan perniagaan.
Selain gotong royong membersihkan lumpur dan selut, kerja-kerja gotong royong yang diketuai oleh TPW Saipul Nizam Mat turut mengalihkan dan mengasingkan barangan yang rosak, dan mencuci lantai meliputi keseluruhan kediaman.
Syabas team Shah Alam.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabataim
#afeksi2021
#aim4you
#KeluargaMalaysia