MENTAKAB - Seramai 23 sukarelawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), terdiri daripada kakitangan di peringkat wilayah, cawangan dan task force hari ini turun padang membantu membersihkan rumah Sahabat yang terkesan teruk akibat banjir besar beberapa hari lalu.
Turut menghulurkan bantuan ialah Lembaga Perwakilan Sahabat, KP Ikatan Setia dan Sahabat Pusat.
Pasukan sukarelawan yg diketuai oleh TPW Afindi Hussin itu antara lain melakukan kerja-kerja mencuci kawasan keliling rumah, membuang selut, lumpur dan peralatan lain yg masih boleh diselamatkan.
Rumah Sahabat, Samsurina Mahmud di Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang ini antara yang tenggelam sehingga ke paras bumbung.
Hampir kesemua barangan dan peralatan dalam rumah turut musnah dihanyut banjir dan tidak dapat digunakan termasuk dapur dan peralatan memasak.
Selain gotong royong membersihkan kediaman, pasukan sukarelawan AIM ini turut menberi sumbangan bantal, toto, dan makanan.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz menerusi hantaran di facebooknya sangat menghargai usaha yang dilakukan samada di peringkat ibu pejabat dan lapangan. Beliau terus mengajak lebih ramai keluarga besar AIM supaya turun padang dan menghulurkan bantuan khususnya kepada Sahabat- Sahabat AIM yang turut menjadi mangsa banjir yang sangat dahsyat ini.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabataim
#afeksi2021
#aim4you
#KeluargaMalaysia