Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut merasai kepayahan yg dialami Sahabat yang terkesan akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Justeru, hari ini, keluarga besar AIM iaitu Koop Sahabat, Koperasi Kakitangan dan pihak pengurusan AIM sendiri berkunjung ke Taman Sri Nanding, Hulu Langat Selangor bagi sama-sama membantu membersihkan kediaman Sahabat AIM Cawangan Cheras, Puan Hasnita yang terjejas teruk akibat banjir tersebut.

Diharapkan agar Puan Hasnita sekeluarga tabah menerima ujian berat ini dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.