Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Haji Shabudin bin Yahaya melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di Pulau Pinang.
Kunjungan itu turut disertai Timbalan Pengerusi Lembaga Encik Mohd Najib bin Mohd Noor dan Pengarah Urusan AIM Encik Shamir Aziz.
Turut serta, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid.
Pada pertemuan itu, TYT Tun diberikan penerangan berkaitan perjalanan urus tadbir AIM serta perancangan ke arah memajukan lagi agensi itu khususnya di Pulau Pinang.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021