Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Langkawi - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican pada Sabtu lalu telah mengadakan lawatan kerja ke loji insinerator Drizzle Engineering Sdn Bhd, di Belanga Pecah, Langkawi yang saham utamanya dimiliki oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat). 

 

Mengiringi beliau ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia, YB Datuk Haji Shabudin Yahaya bersama Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor, Setiausaha, Norsharizal Mashahrin. Hadir sama ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta Pengurusan Kanan Koop Sahabat dan AIM. 

 

Pada lawatan berkenaan Reezal juga dibawa meninjau kecekapan loji incinerator tersebut dalam menguruskan sisa pepejal di Pulau Langkawi. Selain itu, ia juga sebagai persediaan menerima penambahan kemasukan pelancong serta memastikan tidak berlaku sebarang pencemaran hasil daripada proses pembakaran sampah yang dilakukan. 

 

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021