Mesyuarat Jawatankuasa Panel Syariah AIM Bilangan 1/2021 yang diadakan di ibu pejabat AIM pada Khamis lalu telah membincangkan beberapa perkara bagi penambahbaikan dalam tadbir urus AIM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Panel Syariah AIM, merangkap Mufti Kerajaan negeri Melaka, Al-Fadhil Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Ketua Pegawai Perundangan, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Kewangan, Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin dan barisan Pengurusan Kanan AIM.
Hadir sama ialah barisan panel syariah lain iaitu Datuk Ahmad Lakim, Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Tuan Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Antara yang dibincangkan ialah perjanjian kerjasama Tabung Khairat Hutang (TKH) antara AIM, Koperasi Sahabat dan Koperasi Kakitangan AIM (KAIMB) dan Perjanjian Wakalah antara Koperasi AIM Berhad dengan AIM yang dibentangkan oleh Norshahrizal.
Manakala Pengarah Bahagian Pembiayaan, Perancangan dan Bajet, Rozita Muhamad @ Othman turut membentangkan cadangan pindaan tatacara pengurusan kehadiran ke Mesyuarat Pusat bagi memenuhi keperluan hukum iddah wanita Islam yang kematian suami.
Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Pengurusan Kualiti dan Dokumentasi, Rosli Rohman pula membentangkan penggunaan prinsip dan terma shariah di dalam skop pembiayaan AIM.
Semoga mesyuarat ini dapat mencapai kata sepakat dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang untuk AIM pada masa hadapan.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021