Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Shabudin Yahya menerima kunjungan hormat dari Bank Islam Berhad, di ibu pejabat AIM di Menara Amanah, semalam. 

 

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Berhad, Mohd Muazzam Mohamed itu, turut disertai oleh Ketua Pegawai Perniagaan, Mizan Masram, Ketua Pengurusan Deposit & Tunai, Mohd Noor Jab, Ketua Perbankan Komersial, Ahmad Haliman Abdul Halim dan barisan Pengurusan Kanan Bank Islam Berhad. 

 

Pada sesi pertemuan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, kedua-dua pihak sempat bertukar idea dan pandangan terutamanya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kerjasama yang dapat dilaksanakan. 

 

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021