Sekitar majlis perasmian Karnival Keluarga Usahawan 2021, di Padang Astaka, Tanjong Karang, Selangor. Majlis Disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yb Tan Sri Noh Omar.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut serta dalam karnival ini yang diadakan selama tiga hari, dengan menyertai pameran dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Ketua Pegawai Perundangan, Jani Izwandy Che Jan, Ketua Pegawai Kewangan Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Maklumat, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin dan kakitangan pengurusan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#KeluargaMalaysia
#BangsaUsahawan
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021