Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, mengadakan lawatan kerja yang bertempat di ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), semalam.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk bertukar maklumat mengenai operasi AIM dan info semasa, selain membina hubungan baik di antara dua agensi dan keprihatinan YB Tan Sri Noh Omar ke atas hal ehwal AIM.

Dalam majlis ringkas itu, Pengerusi Lembaga AIM, Yb Datuk Haji Shabudin Yahaya turut berbesar hati dengan kesudian YB Tan Sri Noh melakukan lawatan sulung ke AIM.

“Slogan Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan konsep Bangsa Usahawan yang diketengahkan oleh MEDAC akan disambut baik oleh keluarga AIM.

“Kami di AIM juga menyahut seruan YB Menteri mengenai keperluan sosial media bagi mewar-warkan semua maklumat kepada rakyat dan pada masa yang sama AIM juga berjaya meningkat followers di Facebook AIM kepada 50,000.” Katanya.

Sementara itu, Noh juga turut mengalu-galukan kehadiran AIM dalam keluarga MEDAC walaupun sebagai anak angkat.

“Sudah lama saya ikuti perkembangan penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia dan matlamat utama AIM adalah untuk membantu golongan miskin tegar.

“Sudah menjadi tanggungjawab kementerian untuk melihat dan membantu dari sudut mana yang perlu bagi memastikan fungsi dan peranan AIM sebagai sebuah badan yang memberi pembiayaan kepada golongan B40 kekal pada landasan yang telah ditetapkan.” Katanya dalam lawatan sulung ke AIM.

Hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YBHG. Dato’ Suriani Dato' Ahmad.

Semoga dengan adanya jalinan ini dapat membantu AIM dan MEDAC dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021