Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terima anugerah Malaysian E-payments Excellence Awards 2021

Kuala Lumpur – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menerima anugerah ‘Malaysian e-Payments Excellence Awards 2021 daripada Payments Network Malaysia (PayNet) atas kecemerlangannya dalam transaksi MyDebit tertinggi dan tersenarai dalam kedudukan tiga teratas di dalam MyDebit Merchant Winners.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian MyDebit, Payment Networks Sdn.Bhd. (PayNet), Damien Lee kepada Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.

Majlis ringkas yang berlangsung di ibu pejabat AIM, Sri Damansara hari ini turut dihadiri Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin serta pengurusan tertinggi AIM Solutions Group Berhad (ASGB).

Untuk rekod, anugerah ini merupakan anugerah untuk kali ke-4 berturut-turut yang diterima AIM daripada PayNet sejak tahun 2018.

#amanahikhtiarmalaysia

#KeluargaMalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021