KAIMB adakan kunjungan hormat
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malayisa Berhad (KAIMB), mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga AIM, YB Datuk Haji Shabudin Yahaya bertempat di ibu pejabat AIM di Menara Amanah, semalam.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Saad Ishak turut disertai Setiausaha, Puan Norhaliza Dolah, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Amir Hamzah Rahmat, Ketua Pegawai Operasi, Encik Azrul Nizam Akashah dan barisan Ahli Lembaga.
Pertemuan dua hala ini bertujuan memberi penerangan ringkas mengenai operasi KAIMB dan peranannya.
Pertemuan ini juga dapat dijadikan platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan sekaligus dapat menambah baik perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kaki tangan AIM.
Hadir sama pada sesi penerangan berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.
Semoga dengan adanya jalinan ini dapat membantu AIM dan KAIMB dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021