Profesor Dato Sukor Kassim yang dilantik mengetuai pasukan tugas khas (task force) hadir memberi taklimat gerak kerja pasukannya yang ditubuhkan khas bagi membantu Sahabat AIM bangkit kembali memulihkan ekonomi pasca pandemik Covid 19.
Taklimat disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, YB Datuk Haji Shabudin Yahaya di ibu pejabat AIM, di Menara Amanah, Bandar Sri Damansara, semalam.
Sesi taklimat berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Lembaga, Encik Mohd Najib Mohd Noor, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta barisan Ahli Lembaga yang lain.
Diharapkan dengan kecekapan serta pengalaman yang dimiliki oleh Prof Sukor, pasukan yang diketuainya dapat mencapai matlamat dan sasaran ditetapkan.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021