Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga AIM, YB Datuk Haji Shabudin Yahaya bertempat di ibu pejabat AIM di Menara Amanah, semalam.

 

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Mohd Najib Mohd Noor turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mazri Mahmood, Pengurus Besar Kanan, Suhairy Mat Sari, Pengurus Besar Bahagian Pelaburan dan Perniagaan, Md Azman Hashim, dan Pengurus Besar Bahagian Operasi. 

 

Pertemuan dua hala ini bertujuan memberi penerangan ringkas mengenai operasi AIM dan peranannya dalam membantu Sahabat. 

 

Pertemuan ini juga dapat dijadikan platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan sekaligus dapat menambah baik perkhidmatan bagi memenuhi keperluan Sahabat. 

 

Hadir sama pada sesi penerangan berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.

 

Semoga dengan adanya jalinan ini dapat membantu AIM dan Koop Sahabat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021