Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), semalam melantik Mohamed Shamir Abdul Aziz sebagai Pengarah Urusan AIM.

Surat pelantikan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, YB Datuk Haji Shabudin Yahaya sebaik beliau selesai mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga AIM ke-107, buat pertama kali selaku Pengerusi Lembaga yang baharu.

Sesi penyerahan surat pelantikan berkenaan disaksikan oleh Pengasas AIM, Profesor Sukor Kasim.

Hadir sama pada majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat AIM ialah Timbalan Pengerusi Lembaga, Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor dan beberapa yang lain.

Pelantikan Shamir Aziz sebagai Pengarah Urusan AIM dibuat berdasarkan kecemerlangan beliau di dalam menerajui AIM sejak tiga tahun lalu.

Ia diyakini dapat membawa AIM ke satu tahap yang lebih baik terutamanya dalam usaha pemulihan pasca Covid-19.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021