Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu dilantik, YB Datuk Shabudin Yahaya hari ini meluangkan masa hadir ke ibu pejabat AIM, di Bandar Sri Damansara buat pertama kalinya.
Dalam kunjungan ringkas beliau yang disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi AIM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Shamir Aziz; Ketua Pegawai Kewangan, Encik Norsharizal Mashahrin dan juga Ketua Pegawai Perundangan, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, YB Datuk Shabudin turut diberi penerangan ringkas mengenai operasi dan gerak kerja AIM di ibu pejabat dan juga di lapangan.
Beliau juga turut menerima Surat Pelantikan sebagai Pengerusi AIM yang diserahkan oleh Shamir.
YB Datuk Shabudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dilantik sebagai Pengerusi AIM yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang telah meninggal dunia pada Ogos lalu.
Seluruh warga kerja AIM mengucapkan selamat bertugas kepada YB Datuk Shabudin.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021