Kuala Lumpur, 22 April - Seramai 28 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Cawangan Kepong menerima agihan fidyah semalam.
Agihan ini diberikan kepada Sahabat AIM yang berstatus fakir atau miskin dan miskin sementara yang terkesan akibat Pandemik Covid-19.
Sementara itu, 2,519 Sahabat yang bermastautin dan menetap di Selangor juga menerima agihan fidyah barang makanan asas yang keseluruhannya bernilai RM251,000.
Majlis penyerahan sumbangan yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Wilayah Selangor / Kuala Lumpur, Nor Zawiyah Ahmad di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), semalam.
Semoga pemberian ini dapat meringankan beban Sahabat AIM di bulan Ramadhan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIS kerana memilih AIM sebagai Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM). Semoga kerjasama ini dapat berterusan dan memberi manfaat kepada Sahabat AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatAIM
#charitywithdignity
#afeksi2021