Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pagoh, 23 April - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menyerahkan sumbangan 1,000 Bakul Kasih untuk penduduk Pagoh, khususnya untuk Sahabat AIM yang memerlukan.

Sumbangan bernilai RM80,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin.

Sumbangan disampaikan kepada Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Serta Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan 1442H atau 2021 Parlimen Pagoh yang diadakan di Masjid Haji Muhammad Yassin di Bandar Universiti Pagoh, dekat sini petang tadi.

Hadir mengiringi Lajim ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Mohd Najib Mohd Noor dan Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz.

#amanahikhtiarmalaysia

#sahabatAIM

#charitywithdignity

#afeksi2021