Bukit Gambir, 27 April - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM 80,000.00 kepada Sahabat Bukit Gambir menerusi Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin.
Sumbangan berupa barangan keperluan asas itu diserahkan kepada Muhyiddin yang juga merupakan Adun Dun Gambir pada satu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Serta Penyampaian Sumbangan Ramadhan 1442H/2021 yang diadakan di Masjid Jamek Simpang Darat Lima petang tadi.
Turut hadir mengiringi Lajim ialah Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor, Ahli Lembaga AIM, Ts Abdul Rahman @ Johan Mohamad serta Dato' Hajah Fahariyah Haji Md Nordin.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabatAIM
#afeksi2021