Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUANTAN – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan baru-baru ini telah mengadakan Program Bakul Kasih selama tiga hari berturut-turut membabitkan 906 penerima yang terdiri daripada Sahabat AIM.

Program yang bermula padai 26 hingga 28 April lalu itu diadakan secara berperingkat di beberapa lokasi yang berbeza.

Pada 26 April, sumbangan disampaikan kepada 442 Sahabat yang diadakan di Dewan JKKK Bukit Goh dan disampaikan oleh YH Dato Umor Arbain Hj Dollah, manakala penyampaian di Balai raya Pandan 1, pula disampaikan oleh YH Dato Zaili Hj Besar, dan di Balai raya Sungai Lembing, sumbangan telah disampaikan YH Dato Suhimi.

Manakala pada 27hb, program juga diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu di Dewan JKKR Lepas Hilir yang disampaikan oleh YBhg En Mustakim Zakaria; dan di Balai raya Panching Selatan serta Dewan Panching Timur, kedua-duanya dihadiri oleh YH Dato Zaili Hj Besar yang juga merupakan penyampai sumbangan. Jumlah penerima adalah seramai 319 orang.

Program hari terakhir pada 28 April yang diadakan di Dewan Bukit Sagu dan juga di Balairaya Bukit Kuin pula telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 11 yang juga merupakan Ahli Parlimen Paya Besar, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah.

Selain menyantuni 145 Sahabat, beliau turut merasmikan majlis penutup program berkenaan selain menyampaikan duit raya kepada anak-anak Sahabat.

Bagi pihak AIM, kami mengucpakan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dengan baik.

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabatAIM

#afeksi2021