Jumaat, 21 Mei 2021 - Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 untuk 10 keluarga mangsa banjir yang tinggal di laluan keretapi Beaufort - Tenom, di Sabah.
Sumbangan disampaikan melalui Pengerusi JPKK Batu 58, Zainor Bin Suntik.
Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap ADUN Kelias, YB Datuk Isnin Aliasnih.
Bantuan yang diberikan oleh AIM ini diharap dapat membantu keluarga yang terkesan bagi menampung kerugian akibat kerosakan dan keperluan semasa.
#amanahikhtiarmalaysia
#sahabatAIM
#charitywithdignity
#afeksi2021