Dengan penuh rasa dukacita, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nik Aishah Asilah binti Nik Mohd Zamzuri, Sahabat Usahawan AIM dari Cawangan Bandar Tun Razak, Wilayah Selangor & Kuala Lumpur, yang telah kembali ke rahmatullah bersama suami dan anaknya dalam satu kemalangan jalan raya pada 29 Julai 2026.
Bagi menzahirkan keprihatinan, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) AIM, Puan Noor Aeiza Hassan, telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka bagi menyampaikan ucapan takziah serta sumbangan ihsan daripada AIM.
Turut hadir Puan Elliza Md Noor, Pengurus Kanan Wilayah Selangor & Kuala Lumpur, bersama wakil Kelab Usahanita Bandar Tun Razak (KUBTR), Perwakilan Koperasi Sahabat AIM Berhad (KOOP SAHABAT) dan wakil Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan kepada keluarga Allahyarhamah.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, suami dan anaknya, melimpahkan rahmat-Nya ke atas mereka serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.
Salam Takziah. Al-Fatihah.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI