Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

PORT DICKSON, 31 Julai 2026 – YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Karnival Sahabat Usahawan MADANI Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Sembilan serta menyampaikan Anugerah Sahabat Usahawan Cemerlang AIM Negeri Sembilan dan Anugerah Inspirasi Sahabat Usahawan Halal AIM Negeri Sembilan kepada 10 Sahabat Usahawan AIM sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan dan ketabahan mereka dalam membangunkan perusahaan.

Turut hadir ialah YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, YBhg. Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia, YBhg. Datuk Haji Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), barisan kepimpinan AIM, wakil kementerian, agensi kerajaan serta rakan strategik.

Karnival yang berlangsung di CycleDios, Pantai Batu 1, Port Dickson menghimpunkan lebih 3,000 Sahabat Usahawan AIM dari Cawangan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau. Perdana Menteri turut melawat Showcase Sahabat Usahawan AIM yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan perusahaan mikro hasil usaha gigih Sahabat Usahawan AIM.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis W.A.R.I.S, Kumpulan Elite dan Dato’ Hattan, yang memeriahkan suasana karnival serta menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk cabutan bertuah yang ditaja oleh Koop Sahabat, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dan AIM Solution Berhad, yang menambah kemeriahan program serta memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang hadiah istimewa.

Sehingga Jun 2026, AIM Wilayah Negeri Sembilan mempunyai 8,367 Sahabat Usahawan AIM yang aktif dan telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM81.94 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. Di peringkat nasional pula, AIM telah menyalurkan hampir RM39 bilion pembiayaan mikro kepada lebih 324,000 Sahabat Usahawan AIM sejak penubuhannya.

#SKIMPADURIMADANI

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI