Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

SEREMBAN, 14 Julai – Siri Jelajah Pasar Tani diteruskan di Pasar Tani Ampangan, Seremban menerusi Program Mikro Kredit Turun Padang yang menyantuni usahawan mikro serta meninjau perkembangan perniagaan mereka.

Dalam program tersebut, YB Tuan Chan Ming Kai, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, telah mengunjungi tiga gerai Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mengusahakan perniagaan buah-buahan tempatan, sayur-sayuran dan ayam segar. Lawatan ini turut membuka ruang untuk mendengar sendiri pengalaman, cabaran serta aspirasi usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Turut mengiringi lawatan ialah Encik Norsharizal bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan AIM, serta Encik Nik Raza bin Nik Abdullah, Pengurus Kanan Wilayah Negeri Sembilan & Melaka AIM.