KOTA BHARU, 22 Januari 2025 – Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Azman Bin Haji Abidin telah merasmikan Bengkel Kepimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Kelab Sahabat Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) bagi Wilayah Kelantan. Program berlangsung di Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir pada majlis ini adalah Tn Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah (Operasi) AIM, dan Pn. Oney Sopia Binti Aziz, Ketua LPS AIM Wilayah Kelantan/Malaysia, bersama barisan pengurusan kanan AIM yang lain.
Acara ini turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah seperti Anugerah Sahabat Setia, Anugerah Sahabat Berjaya, dan Anugerah Sahabat Inspirasi kepada peserta dari Wilayah Kelantan.
Bengkel ini bertujuan memperkasakan kemahiran kepimpinan peserta dan mengiktiraf sumbangan para Sahabat AIM dalam memacu pembangunan ekonomi setempat.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawan
#MalaysiaMadani