KUANTAN, 20 Januari 2025 – Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Azman Abidin telah merasmikan Bengkel Kepimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Kelab Sahabat Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) bagi Wilayah Pahang dan Terengganu yang berlangsung di Swiss-Belhotel Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Dato' Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM, Tn Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat) dan Zubairi Mohd Fadzil, Pengarah Operasi Semenanjung serta pengurusan kanan AIM yang lain.
Selain ucapan perasmian oleh Datuk Azman dan Dato' Shamir Aziz, turut diberi peluang berucap ialah Puan Norseha Binti Mohd Zin (Ketua LPS AIM Wilayah Pahang), Puan Noor Hayati Binti Hamzah (Ketua LPS AIM Wilayah Terengganu).
Sebagai penghargaan, Anugerah Sahabat Berjaya dan Sahabat Setia AIM disampaikan kepada penerima dari kedua-dua wilayah sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha gigih mereka.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan dan mengiktiraf usaha para sahabat AIM dalam memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawan
#MalaysiaMadani