Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza Hassan, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Peringkat Negeri Melaka & Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Morten Walk, Melaka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Encik Steven Sim Chee Keong bersama EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan, Iklim dan Pengurusan Bencana YB Datuk Rais Datuk Wira Yasin hadir sebagai wakil YAB Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, serta barisan kepimpinan KUSKOP dan agensi-agensi di bawah kementerian.
Turut hadir mewakili AIM ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, serta Ketua Pegawai Operasi AIM, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan.
Karnival anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini menjadi platform strategik dalam mempromosikan produk usahawan tempatan, memperluaskan akses pasaran serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan negara.
Usai majlis perasmian, Puan Noor Aeiza melawat ke reruai-reruai Sahabat Usahawan AIM Wilayah Negeri Sembilan & Melaka bagi memberikan sokongan kepada usahawan yang mengambil bahagian.
Beliau turutmenghadiri Sesi Ramah Mesra Alumni INSKEN di Rumah Makan Melaka yang menyaksikan penyerahan cek cura pembiayaan AIM berjumlah RM68,000 kepada Sahabat Usahawan Ikhtiar DUN Duyong.
Semoga penyertaan AIM dalam program ini terus membuka peluang kepada Sahabat Usahawan AIM untuk mengembangkan perniagaan meningkatkan daya saing yang lebih tinggi.
#AmanahIkhtiarMalaysia #SahabatUsahawanAIM #HPM2026 #HebatkanPerniagaanMalaysia #MalaysiaMADANI