Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

PUCHONG, 21 Jun – Timbalan Menteri Kewangan, YB Liew Chin Tong, telah mengadakan lawatan ke Pasar Tani Dataran Puchong Permai bagi menyantuni usahawan mikro serta meninjau sendiri perkembangan perniagaan para penjaja yang mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Pada lawatan berkenaan, beliau turut beramah mesra dengan penjaja terpilih serta melawat reruai agensi bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai cabaran dan potensi perniagaan mereka.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang menjadi tuan rumah pada siri lawatan kali ini, turut mengetengahkan lapan Sahabat Usahawan AIM dari Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur yang menjual pelbagai produk.

Mengiringi lawatan Timbalan Menteri ialah Encik Norsharizal bin Mashahrin, Ketua Pegawai Kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia, yang turut meninjau operasi gerai Sahabat Usahawan serta memberikan sokongan kepada usahawan yang terlibat sepanjang program berlangsung.

Penglibatan AIM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkasa usahawan mikro melalui akses pembiayaan, bimbingan serta penyediaan platform pemasaran yang mampu membantu memperluaskan capaian pasaran dan meningkatkan daya saing perniagaan.

#SKIMPADURIMADANI

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI