BATU PAHAT, 5 Julai – Suasana penuh meriah mewarnai Program Kenduri Rakyat anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berlangsung di Villa Kemboja, Batu Pahat, Johor hari ini dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, bersama lebih 600 Sahabat Usahawan AIM, para jemputan dan masyarakat setempat.
Turut hadir memeriahkan program ialah YB Datuk Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, serta YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Hadir sama barisan kepimpinan tertinggi AIM iaitu YBhg. Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Encik Mohd Najib bin Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang turut beramah mesra serta menyantuni Sahabat Usahawan AIM dan para tetamu yang hadir.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau telah lapan kali menghadiri program AIM, termasuk Program Kenduri Rakyat yang berlangsung hari ini, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menyokong usaha AIM memperkasa usahawan mikro, khususnya wanita, serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
AIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Sahabat Usahawan AIM, para jemputan, rakan strategik dan seluruh warga kerja AIM yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga Program Kenduri Rakyat AIM terus menjadi platform yang mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat serta menyemarakkan semangat kebersamaan demi kesejahteraan masyarakat.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI