KLUANG, 6 Julai – Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza Hassan telah mengadakan lawatan ke Mesyuarat Pusat Permai Jaya dan Mesyuarat Pusat Ainul Mardhiah di Layang-Layang, Johor bagi mendekati Sahabat Usahawan. Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Maklumat AIM, Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin serta Pengurus Wilayah Johor, Encik Pakhruddin Hamzah.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada Puan Noor Aeiza untuk mendengar sendiri pandangan dan maklum balas Sahabat Usahawan, di samping memahami keperluan mereka dengan lebih dekat serta meninjau keberkesanan inisiatif pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh AIM.
Dalam siri lawatan yang sama, Puan Noor Aeiza turut melawat projek perniagaan Asam Pedas Bukit, milik Sahabat Usahawan AIM bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Kebajikan Sahabat Amanah Ikhtiar Kluang (KKSAIK) KUICK Cawangan Kluang.
Lawatan tersebut bertujuan memberi sokongan dan semangat kepada usahawan agar terus mengembangkan perusahaan serta meningkatkan daya saing perniagaan.
Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan AIM dalam memperkukuh hubungan bersama Sahabat Usahawan, memahami keperluan mereka secara lebih dekat serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada komuniti usahawan mikro.
#SKIMPADURIMADANI
#NoOneLeftBehind
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI