Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KLUANG, 7 Julai – Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Noor Aeiza Hassan, meneruskan siri lawatan kerja ke Johor dengan menghadiri Mesyuarat Pusat Mutiara Blok Machap di Balairaya Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam serta Mesyuarat Pusat Kampung Chokro 2 di Masjid Jamek Al Falah, Batu 7, Jalan Renggam.

Lawatan ini menjadi platform bagi Puan Noor Aeiza untuk beramah mesra serta mendengar sendiri pandangan, pengalaman dan perkongsian daripada Sahabat Usahawan AIM, sama ada yang baharu mahupun yang telah lama bersama AIM.

Sesi tersebut turut memberi ruang kepada para Sahabat untuk berkongsi perkembangan perniagaan, cabaran yang dihadapi serta impak pembiayaan dan sokongan AIM dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan dan mengembangkan perusahaan mereka.

Dalam siri lawatan yang sama, Puan Noor Aeiza turut melawat projek Sahabat Usahawan bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Kebajikan Sahabat Amanah Ikhtiar Kluang (KKSAIK) KUICK Cawangan Kluang di Dinie Cafe.

Lawatan tersebut membolehkan pengurusan AIM meninjau sendiri perkembangan perniagaan Sahabat Usahawan di samping memberi sokongan dan dorongan agar mereka terus berdaya saing serta memperkukuh perniagaan masing-masing.

Turut mengiringi lawatan ialah Ketua Pegawai Maklumat AIM, Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, dan Pengurus Wilayah Johor, Encik Pakhruddin Hamzah.

AIM akan terus komited melaksanakan pendekatan turun padang bagi memperkukuh hubungan bersama Sahabat Usahawan, mendapatkan maklum balas secara langsung serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan sentiasa relevan dalam memperkasakan usahawan mikro dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

#SKIMPADURIMADANI

#NoOneLeftBehind

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI